Seksyen 18
Kuasa untuk menangkap
Jika seseorang didapati melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau disyaki dengan munasabah telah melakukan, atau telah cuba melakukan, atau hampir hendak melakukan, sesuatu kesalahan itu, dia boleh ditangkap tanpa waran.
24
Undang-Undang Malaysia
(2)
Tanpa menghadkan keluasan subseksyen (1), jika seseorang di dalam sesuatu tempat larangan didapati melakukan atau disyaki melakukan perbuatan yang bersalahan dengan Akta ini, dia boleh ditangkap dengan atau tanpa waran oleh seseorang pegawai polis atau seseorang anggota angkatan tentera dan hendaklah dibawa dengan serta-merta ke hadapan seorang Majistret untuk diambil tindakan terhadapnya mengikut undang-undang.