Skip to content

Seksyen 12

Kuasa bagi menghendaki perutusan dikemukakan

of Akta Rahsia Rasmi 1972

ActIn forceProvision 16 of 38
Seksyen 12
(1)

Jika Menteri mendapati suai manfaat, dia boleh dengan waran yang ditandatanganinya, menghendaki seseorang yang mempunyai atau mengawal sesuatu telekomunikasi, yang digunakan untuk menghantar atau menerima perutusan ke sesuatu tempat atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia, mengemukakan kepadanya atau kepada seseorang yang disebut namanya dalam waran itu, naskhah asal dan naskhah salinan bagi apa-apa perutusan yang dihantar daripada atau dialamatkan kepada mana-mana orang atau tempat tertentu, yang dihantar atau diterima dari sesuatu tempat luar Malaysia dengan cara telekomunikasi itu dan segala kertas lain yang berhubungan dengan perutusan itu.

(2)

Jika, apabila dikehendaki supaya mengemukakan naskhah asal atau naskhah salinan atau kertas itu, seseorang enggan atau abai berbuat demikian atau mencacatkan atau membinasakannya, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

20

Undang-Undang Malaysia

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan “perutusan” dan

“telekomunikasi” mempunyai erti yang sama seperti dalam undang-undang yang berhubungan dengan telekomunikasi yang berkuat kuasa pada masa itu.