Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Rahsia Rasmi 1972

Feedback & supportProtecting official secrets

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rahsia Rasmi 1972.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“angkatan tentera” termasuklah—

(a)

sesuatu angkatan tentera tetap atau sukarela Malaysia sama ada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia;

(b)

sesuatu angkatan tentera tetap atau sukarela sesuatu negara asing atau sesuatu wilayah luar Malaysia yang ditugaskan pada atau menjalankan gerakan bersama dengan mana-mana angkatan tentera Malaysia sama ada di dalam

Malaysia atau di luar Malaysia;

(c)

sesuatu angkatan tentera pelawat mengikut pengertian mana-mana undang-undang yang pada masa itu mengawal selia angkatan tentera pelawat yang ada di Malaysia secara sah di sisi undang-undang;

“bahan” termasuklah apa-apa kelengkapan, alat atau objek;

“benda” termasuklah apa-apa jua barang atau bahan;

6

Undang-Undang Malaysia

“ejen negara asing” termasuklah mana-mana orang yang disyaki, telah disyaki atau dengan munasabahnya disyaki telah diambil kerja oleh suatu negara asing atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bagi maksud melakukan sesuatu perbuatan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, atau yang telah atau dengan munasabahnya disyaki telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, melakukan atau cuba melakukan, sesuatu perbuatan seperti itu bagi kepentingan suatu negara asing;

“jawatan dalam perkhidmatan awam” termasuklah sesuatu jawatan atau pekerjaan dalam atau di bawah sesuatu perkhidmatan awam;

“kelengkapan perang” termasuklah kesemua atau mana-mana bahagian sesebuah kapal, kapal selam, kapal udara, kereta kebal, atau enjin yang seumpamanya, senjata dan peluru, bom, torpedo atau periuk api, yang dimaksudkan atau dipadankan untuk digunakan dalam perang, dan apa-apa barang, bahan, alatan atau alat lain, sama ada yang sebenar atau dicadangkan, yang dimaksudkan untuk digunakan sedemikian;

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu

Negeri;

“kesalahan di bawah Akta ini” termasuklah sesuatu perbuatan, peninggalan atau perkara lain yang boleh dihukum di bawah Akta ini;

“negara asing” ertinya sesuatu negara merdeka dan berdaulat dan termasuklah mana-mana tanah jajahan, dominion atau negeri naungan negara itu;

“pegawai awam” ertinya seseorang yang memegang sesuatu jawatan atau pekerjaan dalam atau di bawah sesuatu perkhidmatan awam;

“pegawai polis” termasuklah seseorang yang kepadanya diberi kuasa seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor oleh Menteri di bawah seksyen 29;

Rahsia Rasmi 7

“perkakas fotografi” ertinya sesuatu perkakas untuk mengambil atau membuat gambar foto, filem, negatif, pita atau alat lain yang mengandungi satu imej atau lebih yang dapat dilihat supaya boleh

(dengan atau tanpa bantuan sesuatu kelengkapan lain) dibuat salinannya dan termasuklah mana-mana bahagian komponen perkakas itu;

“perkhidmatan awam” ertinya—

(a)

mana-mana perkhidmatan awam yang disebut dalam

Perkara 132 Perlembagaan termasuk sesuatu Kementerian, sesuatu jabatan Kerajaan, atau sesuatu Mahkamah;

(b)

sesuatu majlis bandar raya, perbandaran, majlis bandaran atau pihak berkuasa tempatan;

(c)

sesuatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya menurut undang-undang persekutuan atau Negeri;

(d)

mana-mana orang, tribunal, badan, institusi atau pihak berkuasa yang diisytiharkan oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai suatu perkhidmatan awam bagi maksud takrif ini; dan

(e)

sekiranya berlaku peperangan, sesuatu jabatan kerajaan bagi sesuatu negeri sekutu Malaysia;

“pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya pihak berkuasa yang berwibawa yang dilantik oleh Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta berkenaan dengan mana-mana satu tempat larangan atau lebih atau mana-mana kelas tempat larangan;

“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam

Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan yang berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia

Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua

Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B;

“rasmi” adalah berhubungan dengan perkhidmatan awam;

8

Undang-Undang Malaysia

“suratan” termasuklah, selain sesuatu suratan bertulis dan sebahagian sesuatu suratan—

(a)

sesuatu peta, pelan, model, graf atau lukisan;

(b)

sesuatu gambar foto;

(c)

sesuatu cakera, pita, runut bunyi atau alat lain yang mengandungi suara atau data lain (yang bukan imej yang boleh dilihat) supaya boleh (dengan atau tanpa bantuan sesuatu kelengkapan lain) dibuat salinannya; dan

(d)

sesuatu filem, negatif, pita atau alat lain yang mengandungi satu imej atau lebih yang boleh dilihat supaya boleh

(seperti yang tersebut di atas) dibuat salinannya;

“tempat larangan” ertinya—

(a)

sesuatu kerja pertahanan, gudang senjata, tempat tentera laut, tempat tentera darat atau tempat tentera udara, berek, kem atau stesen, kilang, limbungan, padang kapal terbang, lombong, kawasan lombong, kapal atau kapal udara yang dipunyai atau diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan atau sesuatu stesen atau pejabat telegraf, telefon, wayarles atau semboyan yang dipunyai atau diduduki sedemikian, dan sesuatu tempat yang dipunyai atau diduduki oleh atau bagi pihak Kerajaan dan digunakan bagi maksud mendirikan, membaiki, membuat, mencuba, menguji atau menyimpan apa-apa kelengkapan perang, atau apa-apa gambar foto, lukisan, pelan, model atau suratan yang berhubungan dengannya, atau bagi maksud mendapatkan atau menyimpan apa-apa logam, minyak, spirit pengangkutan kejenteraan atau spirit penerbangan atau galian yang berguna dalam masa perang;

(b)

sesuatu tempat yang tidak dipunyai oleh Kerajaan yang mana kelengkapan perang, minyak, spirit pengangkutan kejenteraan, spirit penerbangan, bahan api atau bekalan atau apa-apa suratan yang berhubungan dengannya, sedang dibuat, diperbaiki, didapatkan atau disimpan menurut kontrak dengan Kerajaan atau dengan seseorang bagi pihak

Kerajaan, atau menurut apa-apa cara lain bagi pihak

Kerajaan;

(c)

sesuatu kem, berek atau tempat di mana orang tawanan perang, anggota angkatan tentera, orang asing tawanan atau orang tahanan ditahan;

Rahsia Rasmi 9

(d)

sesuatu tempat yang pada masa itu diisytiharkan oleh

Menteri dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai tempat larangan bagi maksud Akta ini.

(2)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan berkenaan dengan—

(a)

menyampaikan, menerima, mendapatkan, menyimpan, mengumpul, merakamkan atau menyiarkan termasuklah apa-apa jua perbuatan menyampaikan, menerima, mendapatkan, menyimpan, mengumpul, merakamkan atau menyiarkan sama ada kesemuanya atau sebahagiannya dan sama ada benda, suratan atau maklumat itu sendiri atau isi, natijah atau perihalnya sahaja disampaikan, diterima, didapatkan, disimpan, dikumpul, dirakamkan atau disiarkan;

(b)

mendapatkan atau menyimpan sesuatu benda atau suratan termasuklah menyalin atau menyebabkan disalin kesemua atau sesuatu bahagian daripada sesuatu benda atau suratan itu; dan

(c)

penyampaian sesuatu benda atau suratan termasuklah pemindahan atau penghantaran, atau penyiaran, kesemua atau mana-mana bahagian sesuatu benda atau suratan.

(3)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai sesuatu tempat kepunyaan

Kerajaan termasuklah sesuatu tempat yang dipunyai atau diduduki oleh mana-mana jabatan Kerajaan, sama ada tempat itu sebenarnya atau tidak sebenarnya terletak hak pada Kerajaan.

s 2AMenambah, memotong atau meminda Jadual

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, memotong atau meminda mana-mana peruntukan Jadual kepada Akta ini.

Pelantikan pegawai awam untuk mengelaskan suratan rasmi, dsb.

s 2BSeseorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu

Negeri boleh melantik mana-mana pegawai awam melalui suatu perakuan di bawah tandatangannya untuk mengelaskan apa-apa

10

Undang-Undang Malaysia suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”,

“Sulit” atau “Terhad” mengikut mana-mana yang berkenaan.

s 2CPengelasan semula rahsia rasmi oleh Menteri atau pegawai awam

Seseorang Menteri atau pegawai awam yang dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab tentang mana-mana Kementerian, jabatan atau mana-mana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau ketua pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran sesuatu Negeri boleh, pada bila-bila masa, mengelaskan semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual atau apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagaimana yang telah dikelaskan dan selepas pengelasan semula itu, suratan, maklumat atau bahan tersebut hendaklah terhenti menjadi rahsia rasmi.

s 3Penalti bagi mengintip

Jika, bagi apa-apa maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, seseorang—

(a)

menghampiri, memeriksa, merentasi atau berada di sekitar atau memasuki sesuatu tempat larangan;

(b)

membuat sesuatu suratan yang dikira menjadi atau yang mungkin atau yang dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing;

(c)

mendapatkan, mengumpul, merakamkan, menyiarkan atau menyampaikan kepada seseorang lain sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau maklumat yang dikira menjadi atau yang mungkin atau yang dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup.

(1)

Jika seseorang mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau di dalam sesuatu

Rahsia Rasmi 11

tempat larangan, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi empat belas tahun, melainkan jika dia membuktikan bahawa sesuatu yang diambil atau dibuat sedemikian tidak memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia dan tidak dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing.

(2)

(a)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen

(1)

mengambil atau membuat, di luar sesuatu tempat larangan, sesuatu gambar foto atau lukisan yang mengandungi tempat itu atau sesebahagian daripadanya, melainkan jika dibuktikan bahawa gambar foto atau lukisan itu dimaksudkan untuk memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia atau menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing.

(b)

Perenggan (a) tidak terpakai bagi pengambilan atau pembuatan sesuatu gambar foto atau lukisan dari sesuatu kapal udara.

(3)

(a)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur jika pengambilan atau pembuatan itu dilakukan dengan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berwibawa.

(b)

Pada memberikan kebenaran bertulis itu, pihak berkuasa yang berwibawa itu boleh mengenakan sebagai suatu syarat bahawa apa-apa jua yang diambil atau dibuat sedemikian mestilah disampaikan dengan segera kepada pihak berkuasa yang berwibawa itu untuk diperiksa. Pihak berkuasa yang berwibawa itu, jika berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa yang diambil atau dibuat sedemikian mengandungi perkara atau maklumat yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan

Malaysia dan berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing, boleh memerintahkan supaya suratan itu dirampas atau mana-mana bahagian daripadanya dihapuskan, dipadamkan atau dikeluarkan.

s 5Penalti kerana membuat atau menolong membuat akuan atau pernyataan palsu bagi mendapatkan permit

Jika seseorang membuat atau menolong membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu tentang apa-apa perkara material bagi maksud hendak mendapatkan kebenaran di bawah perenggan 4(3)(a)

daripada sesuatu pihak berkuasa yang berwibawa, dia adalah

12

Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.

(1)

Jika sesuatu mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa sesuatu suratan mengandungi perkara atau maklumat yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia dan berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu kuasa asing atau kepada seseorang musuh, mahkamah itu boleh mengeluarkan waran geledah untuk menggeledah dan menyita suratan itu walaupun sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak dikatakan telah dilakukan.

(2)

Jika sesuatu suratan yang dikehendaki disita di bawah suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah disita sedemikian atau dikemukakan dengan sukarela oleh orang yang memilikinya, suratan itu hendaklah dihantar oleh mahkamah itu kepada pihak berkuasa yang berwibawa dan jika pihak berkuasa yang berwibawa itu berpendapat bahawa suratan itu mengandungi perkara atau maklumat yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia dan berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu kuasa asing atau kepada seseorang musuh, pihak berkuasa yang berwibawa itu boleh memerintahkan supaya suratan itu dilucuthakkan, atau apa-apa bahagian daripadanya dihapuskan, dipadamkan atau dikeluarkan.

(1)

Jika seseorang yang berada di dalam sesuatu tempat larangan membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa perkakas fotografi, melainkan dengan kuasa yang sah atau bagi maksud yang sah, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2)

Dalam pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan adanya sesuatu maksud yang sah hendaklah terletak pada yang tertuduh.

Rahsia Rasmi 13

(3)

Sesuatu perkakas fotografi hendaklah dianggap dibawa dengan kuasa yang sah jika dibawa berhubung dengan penjalanan kewajipannya oleh seseorang pegawai polis atau anggota angkatan tentera yang bertugas menjalankan kewajipan pengawal, peronda keselamatan atau kewajipan lain yang seumpamanya.

(4)

Apa-apa perkakas fotografi yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan boleh disita oleh seseorang pegawai polis atau oleh pihak berkuasa yang berwibawa atau oleh seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh pihak berkuasa yang berwibawa itu dan apa-apa gambar foto, plat, negatif filem atau pita atau alat-alat lain dalam atau untuk perkakas itu boleh juga disita dan boleh dikenakan apa-apa proses penyempurnaan sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai polis atau pihak berkuasa yang berwibawa itu sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal yang tertentu.

Kewajipan melaporkan permintaan bagi maklumat, dll.

s 7ASection 7A

(1)

Seseorang yang dengan apa-apa jua cara dihampiri oleh mana-mana orang lain sama ada secara langsung atau secara tidak langsung bagi mendapatkan untuk atau membekalkan kepada orang lain itu sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia yang—

(a)

berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau yang berhubungan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu;

(b)

berhubungan dengan kelengkapan perang dan perkakas, kelengkapan dan jentera lain yang digunakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia;

(c)

telah dibuat atau didapati bersalahan dengan Akta ini;

(d)

telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai awam; atau

(e)

telah dibuat atau didapatinya, atau yang dia mempunyai akses kepadanya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat

14

Undang-Undang Malaysia bagi pihak Kerajaan, atau sebagai seorang yang bekerja atau telah diambil kerja oleh atau dengan seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak sedemikian, selain dalam penjalanan tugasnya, hendaklah dengan serta-merta melaporkan perhubungan itu kepada pegawai polis yang berpangkat

Inspektor atau yang lebih tinggi, dan jika dia ialah seorang pegawai awam adalah mencukupi baginya membuat laporan secara bertulis kepada ketua jabatan pegawai awam itu.

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.

s 7BMeletakkan diri dalam kepercayaan ejen negara asing

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan supaya dirinya diletakkan atau mungkin diletakkan dalam kepercayaan mana-mana ejen negara asing melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.

(1)

Jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia yang—

(a)

berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau yang berhubungan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu;

(b)

berhubungan dengan kelengkapan perang dan perkakas, kelengkapan dan jentera lain yang digunakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia;

(c)

telah dibuat atau didapati bersalahan dengan Akta ini;

(d)

telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai awam; atau

(e)

telah dibuat atau didapatinya atau yang dia mempunyai akses kepadanya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang jawatan

Rahsia Rasmi 15

dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan, atau sebagai seorang yang bekerja atau telah diambil, kerja dengan atau di bawah seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak itu, melakukan mana-mana yang berikut—

(i)

menyampaikan secara langsung atau secara tidak langsung sesuatu maklumat atau benda itu kepada sesuatu negara asing selain negara asing yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau kepada seseorang lain selain orang yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau yang kepadanya dia berkewajipan menyampaikannya;

(ii)

menggunakan sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas untuk faedah sesuatu negara asing selain negara asing yang bagi faedahnya dia diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menggunakannya atau dengan apa-apa cara lain yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia;

(iii)

menyimpan dalam milik atau kawalannya mana-mana benda seperti yang tersebut di atas apabila dia tidak berhak menyimpannya, atau apabila berlawanan dengan kewajipannya bagi menyimpannya, atau tidak mematuhi segala arahan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang sah berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan benda itu; atau

(iv)

tidak menjaga dengan cara yang berpatutan, atau bertingkah laku sehingga membahayakan keselamatan atau kerahsiaan, sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

(2)

Jika seseorang menerima sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia, dengan mengetahui atau ada alasan yang munasabah bagi mempercayai, pada waktu dia menerimanya itu, bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan itu disampaikan kepadanya bersalahan

16

Undang-Undang Malaysia dengan Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun, melainkan jika dia membuktikan bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan itu telah disampaikan kepadanya dengan tidak dikehendaki olehnya.

(1)

Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan selain tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia—

(a)

menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa pakaian seragam tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau pakaian seragam rasmi yang lain atau apa-apa pakaian seragam yang hampir serupa dengannya sehingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsu mengemukakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai mana-mana pakaian seragam itu;

(b)

menggunakan apa-apa samaran atau nama palsu, atau dengan disedarinya menyembunyikan identiti atau bangsanya;

(c)

secara lisan atau dengan bertulis dalam sesuatu akuan atau permohonan, atau dalam sesuatu dokumen yang ditandatangani olehnya atau bagi pihaknya, dengan disedarinya membuat atau membiarkan dibuat sesuatu pernyataan palsu atau sesuatu peninggalan;

(d)

memalsukan, mengubah, mencacatkan, melupuskan atau membinasakan sesuatu pasport atau sesuatu pas, permit, perakuan atau lesen yang rasmi bagi tentera laut, tentera darat, tentera udara atau polis atau dokumen lain yang seumpamanya (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut “dokumen rasmi”) atau menggunakan atau ada dalam miliknya sesuatu dokumen rasmi yang dipalsukan, diubah atau yang tidak teratur itu;

Rahsia Rasmi 17

(e)

menyamar diri, atau dengan palsu mengemukakan dirinya, sebagai seseorang yang memegang jawatan atau yang bekerja dengan seseorang yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, atau menyamar diri, atau dengan palsu mengemukakan dirinya, sebagai atau sebagai bukan, seorang yang kepadanya telah dikeluarkan atau disampaikan dengan sewajarnya suatu dokumen rasmi atau perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia;

atau

(f)

menggunakan, atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, tanpa kuasa perkhidmatan awam yang berkenaan, sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai, cap atau kertas rasmi bagi atau kepunyaan, atau yang digunakan, dibuat atau diadakan oleh sesuatu perkhidmatan awam atau oleh sesuatu pihak berkuasa diplomatik, tentera laut, tentera darat atau tentera udara yang dilantik oleh atau yang bertindak di bawah kuasa Kerajaan, atau apa-apa anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai atau cap yang hampir serupa dengan artikel seperti yang tersebut di atas itu sehingga mungkin memperdayakan, atau melancungkan mana-mana artikel seperti yang tersebut di atas itu, atau menggunakan, atau ada dalam miliknya, atau di bawah kawalannya, mana-mana benda lancungan itu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika, bagi apa-apa maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, seseorang—

(a)

menyimpan sesuatu dokumen rasmi, sama ada atau tidak disempurnakan atau dikeluarkan untuk kegunaan, manakala dia tidak berhak menyimpannya, atau manakala penyimpanannya adalah berlawanan dengan kewajipannya, atau tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh sesuatu perkhidmatan awam atau seseorang yang diberi kuasa oleh perkhidmatan awam itu berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan suratan itu;

(b)

membenarkan seseorang lain memiliki sesuatu dokumen rasmi yang dikeluarkan untuk kegunaannya seorang sahaja, atau menyampaikan sesuatu perkataan kod, isyarat timbal

18

Undang-Undang Malaysia atau kata laluan rasmi yang rahsia yang dikeluarkan sedemikian, atau, tanpa kuasa atau sebab yang sah, ada dalam miliknya sesuatu dokumen rasmi atau perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia yang dikeluarkan bagi kegunaan seseorang selain dirinya sendiri;

(c)

apabila dapat memiliki sesuatu dokumen rasmi sama ada dengan menjumpainya atau selainnya, abai atau tidak memulangkannya kepada orang atau pihak berkuasa yang telah mengeluarkannya atau yang untuk kegunaannya ia telah dikeluarkan, atau kepada Ketua Pegawai Polis;

(d)

tanpa kuasa atau sebab yang sah, membuat atau menjual, atau ada dalam miliknya untuk jualan, sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai atau cap sedemikian; atau

(e)

dengan niat hendak mendapatkan sesuatu dokumen rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia, sama ada bagi dirinya sendiri atau bagi seseorang lain, dengan diketahuinya membuat sesuatu pernyataan palsu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

s 10Mengganggu pegawai polis atau anggota angkatan tentera

Jika seseorang yang berada di dalam atau berdekatan dengan sesuatu tempat larangan, menghalang, mengelirukan atau selainnya mengganggu atau merintangi seseorang pegawai polis atau seseorang anggota angkatan tentera yang menjalankan tugas yang berhubungan dengan tempat larangan itu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(1)

Jika seseorang ada apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah

Akta ini dan dia—

(a)

tidak memberikan, apabila diminta, maklumat itu; atau

Rahsia Rasmi 19

(b)

tidak hadir pada sesuatu masa dan di tempat yang munasabah untuk memberikan maklumat itu, apabila dikehendaki berbuat demikian oleh—

(aa)

seseorang pegawai polis yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;

(bb)

seseorang anggota angkatan tentera yang bertugas menjalankan kewajipan pengawal, sentri, peronda atau kewajipan lain yang seumpamanya; atau

(cc)

seseorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

(2)

Sebelum menghendaki seseorang hadir di sesuatu tempat dan pada sesuatu masa itu, pegawai polis atau anggota angkatan tentera itu hendaklah memberinya sejumlah wang yang berpatutan untuk perbelanjaannya.

(1)

Jika Menteri mendapati suai manfaat, dia boleh dengan waran yang ditandatanganinya, menghendaki seseorang yang mempunyai atau mengawal sesuatu telekomunikasi, yang digunakan untuk menghantar atau menerima perutusan ke sesuatu tempat atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia, mengemukakan kepadanya atau kepada seseorang yang disebut namanya dalam waran itu, naskhah asal dan naskhah salinan bagi apa-apa perutusan yang dihantar daripada atau dialamatkan kepada mana-mana orang atau tempat tertentu, yang dihantar atau diterima dari sesuatu tempat luar Malaysia dengan cara telekomunikasi itu dan segala kertas lain yang berhubungan dengan perutusan itu.

(2)

Jika, apabila dikehendaki supaya mengemukakan naskhah asal atau naskhah salinan atau kertas itu, seseorang enggan atau abai berbuat demikian atau mencacatkan atau membinasakannya, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

20

Undang-Undang Malaysia

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan “perutusan” dan

“telekomunikasi” mempunyai erti yang sama seperti dalam undang-undang yang berhubungan dengan telekomunikasi yang berkuat kuasa pada masa itu.

Schedules