Seksyen 20
Kuasa khas mengenai penyiasatan
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang lain, Pendakwa Raya, jika berpuas hati bahawa ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau hampir hendak dilakukan oleh seseorang, boleh dengan perintah memberi kuasa kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa yang disebut namanya dalam perintah itu membuat suatu siasatan mengenai perkara itu mengikut apa-apa cara atau kaedah yang
Rahsia Rasmi 25
dinyatakan dalam perintah itu. Perintah itu boleh membenarkan disiasat sesuatu akaun bank atau sesuatu akaun lain atau sesuatu artikel atau sesuatu suratan yang mungkin ada pada seseorang atau di sesuatu tempat dan hendaklah menjadi kuasa yang cukup untuk seseorang mendedahkan atau mengemukakan segala atau sesuatu maklumat atau akaun atau artikel atau dokumen yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa sedemikian.
(2)
Seseorang yang tidak atau enggan mendedahkan maklumat itu atau tidak atau enggan mengemukakan akaun atau artikel atau dokumen itu kepada orang yang diberi kuasa sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Sesuatu pemberian kuasa kepada seseorang pegawai polis di bawah subseksyen (1) untuk menyiasat sesuatu akaun bank hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu pemberian kuasa untuk memeriksa sesuatu buku jurubank yang difikirkan berkaitan oleh pegawai polis yang diberi kuasa sedemikian, dan pegawai polis itu boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki bank yang dinyatakan dalam perintah itu dan memeriksa mana-mana buku yang disimpan di dalamnya dan boleh mengambil salinan bagi mana-mana catatan yang berkaitan dalam mana-mana buku itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
“bank” termasuklah—
(a)
mana-mana bank yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(b)
mana-mana syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat kerjasama;
(c)
Bank Simpanan Nasional;
(d)
mana-mana syarikat kewangan yang didaftarkan di bawah
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989; dan
“buku jurubank” termasuklah lejar, buku harian, buku wang tunai, buku akaun dan semua buku dan suratan lain yang digunakan dalam urusan biasa bank.
26
Undang-Undang Malaysia