Skip to content

Seksyen 17

of Akta Rahsia Rasmi 1972

ActIn forceProvision 22 of 38

Seksyen 17

(1)

Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini, kenyataan bahawa seseorang telah berhubung dengan, atau cuba untuk berhubung dengan, seseorang ejen negara asing, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, hendaklah menjadi keterangan bahawa seseorang itu telah, bagi suatu maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, mendapatkan atau cuba untuk mendapatkan atau untuk menyampaikan maklumat yang mungkin atau boleh jadi dikira atau dikira menjadi atau dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada kuasa asing atau kepada seseorang musuh.

Rahsia Rasmi 23

(2)

Bagi maksud seksyen ini, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang di atas—

(a)

seseorang hendaklah, melainkan jika dia membuktikan sebaliknya, dianggap telah berhubung dengan seorang ejen negara asing jika—

(i)

dia telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, melawati alamat seorang ejen negara asing atau berkawan atau bersekutu dengan seorang ejen negara asing; atau

(ii)

sama ada, di dalam atau di luar Malaysia, nama atau alamat, atau apa-apa maklumat lain berkenaan dengan seseorang ejen negara asing telah dijumpai dalam milik atau kawalannya atau telah diberikan olehnya kepada seseorang lain, atau telah didapatkan olehnya daripada seseorang lain;

(b)

(Dipotong oleh Akta A573);

(c)

sesuatu alamat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dengan munasabahnya disyaki sebagai alamat yang digunakan untuk menerima perhubungan yang dimaksudkan bagi seseorang ejen negara asing, atau alamat tempat seseorang ejen negara asing tinggal, atau tempat dia pergi bagi maksud memberikan atau menerima perhubungan, atau tempat dia menjalankan apa-apa urusan, hendaklah disifatkan sebagai alamat seseorang ejen negara asing, dan perhubungan yang dialamatkan ke alamat itu sebagai perhubungan dengan seseorang ejen negara asing.