Seksyen 16
Bayaran dan mendapatkan kembali perbelanjaan hospital oleh majikan
of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan untuk menyediakan bagi tiap-tiap pekerja yang diambil kerja di suatu estet termasuk tanggungannya yang tinggal di estet itu atau mana-mana tanah lain yang dipunyai atau dipajak oleh atau dalam kawalan majikan itu, layanan, jagaan dan rawatan perubatan termasuk sajian makanan di hospital estet atau hospital estet kumpulan yang ditubuhkan di bawah seksyen 15 atau di klinik estet yang ditubuhkan di bawah seksyen 19.
(2)
Majikan boleh mendapatkan kembali daripada pekerja itu perbelanjaan bagi jagaan, rawatan dan sara hidup pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta berkenaan dengan mana-mana tempoh melebihi tiga puluh hari yang pekerja itu atau mana-mana tanggungannya berada di dalam hospital.