Skip to content

Seksyen 20

Kewajipan melaporkan kes yang disyaki penyakit berjangkit

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 20 of 35
Seksyen 20
(1)

Hendaklah menjadi kewajipan pengamal perubatan residen yang berdaftar atau, dalam ketidakhadirannya atau jika tiada pengamal perubatan residen yang berdaftar, pengurus residen, untuk mengasingkan dengan serta-merta mana-mana pekerja atau orang lain di suatu estet yang disyakinya menghidap apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta

Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], dan untuk menahan di bawah pemerhatian mana-mana orang lain yang difikirkannya berkemungkinan telah mendapat penyakit itu dan dengan secepat mungkin memberitahu Pegawai Perubatan yang terdekat, dan sementara menunggu ketibaan Pegawai Perubatan

Kesihatan ke estet itu, pengamal perubatan residen yang berdaftar atau pengurus residen hendaklah mengambil langkah pencegahan yang sesuai dan selepas itu berunding dengan Pegawai Perubatan

Kesihatan tentang apa-apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil.

(2)

Mana-mana orang yang mengabaikan pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 25