Skip to content

Seksyen 17

Pekerja sakit yang dimasukkan ke hospital Kerajaan

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 17 of 35
Seksyen 17
(1)

Jika seorang pekerja pada waktu dia dimasukkan ke hospital Kerajaan bekerja dan tinggal di mana-mana estet, majikan hendaklah membayar perbelanjaan sara hidup dan rawatan di hospital itu bagi pekerja itu dan bagi mana-mana tanggungan pekerja itu pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2)

Perbelanjaan yang dilakukan di bawah subseksyen (1)

hendaklah, apa jua pun amaunnya, boleh didapatkan kembali daripada majikan dalam suatu Mahkamah Sivil atas guaman

Pegawai Perubatan yang menjaga hospital itu, dan perakuan Pegawai

Perubatan itu adalah keterangan prima facie yang mencukupi bahawa amaun yang dinyatakan dalamnya kena dibayar oleh majikan:

Dengan syarat bahawa tidak lebih daripada perbelanjaan tiga puluh hari di dalam hospital berkenaan dengan mana-mana pekerja atau tanggungan boleh didapatkan kembali.

(3)

Tiada perbelanjaan yang dibayar oleh seseorang majikan di bawah subseksyen (1) boleh didapatkan kembali daripada mana-mana pekerja.

Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 23