Skip to content

Seksyen 21

Kewajipan majikan untuk mengasingkan pekerja yang menghidap penyakit berjangkit

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 21 of 35
Seksyen 21
(1)

Apabila berlaku apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana estet, hendaklah menjadi kewajipan majikan supaya dengan serta-merta, jika diarahkan sedemikian oleh Pegawai Perubatan Kesihatan atau seorang Pegawai Perubatan, menyediakan suatu tempat di mana seorang pekerja boleh diasingkan bagi kepentingan kesihatan awam atau mana-mana pekerja lain yang diambil kerja di estet itu dan dengan perbelanjaannya sendiri membuat apa-apa perkiraan bagi sara hidup pekerja itu sementara diasingkan sedemikian dan bagi rawatan mana-mana pekerja yang menghidap penyakit itu sebagaimana yang dianggap perlu oleh Pegawai

Perubatan Kesihatan atau Pegawai Perubatan itu.

(2)

Jika pada bila-bila masa Pegawai Perubatan Kesihatan atau seorang Pegawai Perubatan mendapati bahawa seseorang pekerja yang diambil kerja di mana-mana estet menghidap suatu penyakit berjangkit atau bahawa selainnya perlu bagi kepentingan kesihatan awam atau kesihatan mana-mana pekerja lain yang diambil kerja di estet itu untuk dia dipindahkan dan diletakkan di bawah pengawasan perubatan, adalah sah bagi Pegawai Perubatan

Kesihatan atau Pegawai Perubatan itu untuk menyebabkan pekerja itu dipindahkan ke mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan olehnya dan ditahan di tempat itu sehingga dilepaskan dengan perintah bertulis daripada Pegawai Perubatan Kesihatan itu atau seorang Pegawai Perubatan.

Kuasa Pegawai Perubatan Kesihatan untuk memerintahkan imunisasi terhadap penyakit berjangkit