Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2021Read it in English

Bahagian III · Kesihatan, Hospital, Rawatan Perubatan dan Kebersihan

19. Rawatan perubatan di estet di mana suatu hospital tidak disenggarakan

Feedback & support
(1)

Di mana-mana estet yang tiada hospital estet atau hospital estet kumpulan tersedia, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah, selepas berunding dengan Pegawai Perubatan Kesihatan, menghendaki supaya seseorang majikan menubuhkan dan menyenggarakan suatu klinik atau membuat apa-apa peruntukan lain sebagaimana yang perlu bagi rawatan pekerja dan tanggungan mereka yang sakit.

Undang-Undang Malaysia 24

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menyatakan dalam perintah itu perkhidmatan, ubat, kelengkapan dan kakitangan yang hendaklah disediakan dan masa kemudahan rawatan itu hendaklah dijadikan tersedia kepada pekerja dan tanggungan mereka.

(3)

Jika suatu klinik terdapat di mana-mana estet atau ditubuhkan menurut suatu perintah di bawah subseksyen (1), hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk membuat perkiraan supaya seorang pengamal perubatan berdaftar melawat klinik itu sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mengawasi urusan dan pengurusan klinik itu dan untuk menyediakan rawatan perubatan kepada pekerja dan tanggungan mereka.

(4)

Tiada majikan yang telah menubuhkan dan menyenggarakan suatu klinik, sama ada menurut suatu perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen ini atau selainnya, boleh mengurangkan perkhidmatan, kemudahan atau kakitangan atau menghentikan penyenggaraan dan urusan klinik itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

Kewajipan melaporkan kes yang disyaki penyakit berjangkit

Report

Bahagian IV

Peraturan-Peraturan

Bahagian V

Peruntukan Am, Rayuan dan Kesalahan

Bahagian VI

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules