Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 · Updated to 8 Sep 2023 · Bahagian II · Penubuhan dan Fungsi Suruhanjaya
8. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang Pesuruhjaya hendaklah menjadi kosong jika—
dia mati;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan yang berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia menjadi bankrap;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
peletakan jawatannya telah diterima oleh Yang di-Pertuan
Agong;
pelantikannya telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan
Agong; atau
tempoh pelantikannya telah tamat.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 700