Seksyen 5
Keanggotaan Suruhanjaya
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
ActIn forceProvision 5 of 55
Seksyen 5
(1)
Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana
Menteri, melantik tidak lebih daripada tujuh orang Pesuruhjaya, yang daripadanya hendaklah ada seorang Pengerusi dan seorang
Timbalan Pengerusi, bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
(2)
Tiada seorang pun boleh layak dilantik sebagai Pesuruhjaya jika dia ialah atau pernah menjadi seorang pegawai penguat kuasa.
(3)
Pelantikan Pesuruhjaya di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.