Skip to content
In forceUpdated to 8 Sep 2023Read it in English

Bahagian II · Penubuhan dan Fungsi Suruhanjaya

9. Mesyuarat Suruhanjaya

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu untuk melaksanakan fungsinya.

(2)

Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Suruhanjaya.

(3)

Kuorum Suruhanjaya ialah empat orang.

(4)

Tiap-tiap Pesuruhjaya yang hadir berhak mendapat satu undi dan jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh

Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(5)

Suruhanjaya hendaklah menentukan perjalanan prosidingnya sendiri.

(6)

Suruhanjaya hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(7)

Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat.

Report

Bahagian III

Pentadbiran

Bahagian IV

Pengurusan Aduan

Bahagian V

Kuasa Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Schedules