Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2024Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya

14. Penzahiran kepentingan

Feedback & support
(1)

Seseorang anggota

Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 13 yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 654

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum

Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(c)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 17

(d)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya—

(a)

orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(c)

pekongsi anggota itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian

*Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya adalah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules