Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian II · Suruhanjaya
5. Keanggotaan Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Pengerusi;
Ketua Pegawai Eksekutif; dan
tidak kurang daripada lapan tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang lain, yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 11
kewangan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau yang selainnya sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan dan pengalaman mereka yang khas.
Peruntukan
Jadual hendaklah terpakai bagi anggota
Suruhanjaya.
Menteri boleh meminda peruntukan Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.