Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2024Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya

9. Tempoh jawatan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh dua tahun.

(2)

Seseorang anggota Suruhanjaya layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan selama lebih daripada tiga tempoh.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules