Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
16. Kuasa Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
untuk menggunakan semua harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman;
untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;
untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya;
(Dipotong oleh Akta A1699);
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 654
untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan program pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya dengan patut dan berkesan;
untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan
untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.