Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
19. Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Feedback & support(1)
Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan dan dasar Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.