Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 · Updated to 1 Feb 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
17. Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa yang dikenakan atau diberikan kepadanya oleh undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan, kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari, kepada—
Pengerusi;
seorang anggota Suruhanjaya;
suatu jawatankuasa; atau
mana-mana pekerja Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 21