Seksyen 10
Juruaudit yang diluluskan
Tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, Lembaga boleh meluluskan mana-mana orang menjadi juruaudit yang diluluskan bagi maksud Akta ini.
32
Undang-Undang Malaysia
(2)
Tiada seorang pun boleh melaksanakan tugas juruaudit sesuatu syarikat Labuan melainkan jika dia seorang juruaudit yang diluluskan.
(2A)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Satu ratus ribu ringgit.
(3)
Lembaga boleh membatalkan mana-mana kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(4)
Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar bagi juruaudit yang diluluskan.
(5)
Seseorang juruaudit yang diluluskan hendaklah membayar kepada Lembaga apa-apa fi tahunan sebagaimana yang ditetapkan.
(6)
Seseorang juruaudit yang diluluskan hendaklah menyerahkan atau memfailkan apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserahkan atau difailkan di bawah Akta ini dalam tempoh yang ditentukan.
(7)
Seseorang juruaudit yang diluluskan yang tidak membayar fi tahunan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) atau tidak menyerahkan atau memfailkan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.