Skip to content

Seksyen 9B

Nilai keterangan dokumen yang diserahkan atau difailkan secara elektronik

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 11 of 210
Seksyen 9B
(1)

Suatu salinan atau cabutan dari apa-apa dokumen yang diserahkan atau difailkan secara elektronik dengan Lembaga di bawah seksyen 9A yang diperakui dengan sewajarnya oleh Lembaga sebagai salinan yang benar atau cabutan yang benar dari dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding sebagai mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen yang asal.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh disifatkan sebagai tidak selaras dengan seksyen 90A, 90B dan 90C

Akta Keterangan 1950, dan “orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan pengendalian komputer” hendaklah bagi maksud seksyen ini disifatkan sebagai Lembaga.

Syarikat Labuan 31