Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Lembaga

16. Lembaga Pengarah

Feedback & support
(1)

Lembaga Perbadanan, yang hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi Perbadanan, ditubuhkan.

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(b)

Ketua Eksekutif Perbadanan;

(c)

Ketua Pengarah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau wakilnya;

(d)

seorang wakil daripada Kementerian Kewangan;

(e)

seorang wakil daripada Jabatan Perdana Menteri;

(f)

dua orang yang mewakili penyedia latihan kemahiran swasta, yang akan dilantik oleh Menteri; dan

(g)

dua orang yang mempunyai pengetahuan khas atau pengalaman dalam hal kewangan atau perdagangan, yang akan dilantik oleh Menteri.

(3)

Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(f)

atau (g) hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.

(4)

Menteri boleh membatalkan pelantikan anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(f) atau (g) tanpa memberi alasan tentang pembatalan tersebut.

(5)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.

20

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian V

Pegawai dan Pekhidmat

Bahagian VI

Pendaftaran Penyedia Latihan Kemahiran

Bahagian VII

Program Latihan yang Diluluskan

Bahagian VIII

Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran

Bahagian IX

Pembayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran

Bahagian X

Penentusahan dan Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Pelbagai

Bahagian XIII

Peruntukan Peralihan dan Kecualian

Schedules