Skip to content

Seksyen 72

of Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004

ActIn forceProvision 44 of 64

Seksyen 72

(1)

Tiada seorang pun boleh menonjolkan dirinya sebagai, atau mempromosikan, sesuatu penyedia latihan kemahiran sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya, sebagai suatu penyedia latihan kemahiran berkenaan dengan kemudahan pinjaman kepada pelatih yang disediakan di bawah Akta ini melainkan penyedia latihan kemahiran itu telah berdaftar di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan, selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.