Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Kumpulan Wang
3. Penubuhan Kumpulan Wang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang yang dinamakan
Tabung Pembangunan Kemahiran yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;
segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Perbadanan;
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
yuran tuisyen, tuntutan insurans dan fi pentadbiran dan bayaran lain yang dikenakan oleh Perbadanan di bawah
Akta ini;
apa-apa wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada
Perbadanan dan segala wang yang dari semasa ke semasa menjadi kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan, termasuk pinjaman latihan kemahiran, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
12
Undang-Undang Malaysia
wang yang dipinjam oleh Perbadanan;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipannya;
wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada
Perbadanan; dan
semua wang lain yang diterima secara sah oleh Perbadanan.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan