Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran
47. Pendaftaran permohonan pinjaman latihan kemahiran
Feedback & supportPenyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan untuk kemudahan pinjaman latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran oleh penyedia latihan kemahiran di dalam program yang diluluskan oleh Perbadanan.
Tiap-tiap permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan—
apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif; dan
apa-apa fi, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Tabung Pembangunan Kemahiran 33
Tiada fi boleh dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu permohonan oleh institusi yang dimiliki atau dikendalikan oleh Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau badan berkanun.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pinjaman latihan kemahiran dan sebelum permohonan itu diputuskan, Ketua
Eksekutif boleh melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa pelanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi permohonan baru boleh dibuat oleh pemohon.
Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai Perbadanan boleh pada bila-bila masa memeriksa premis penyedia latihan kemahiran itu untuk menentusahkan kesahihan permohonan itu.
Sesuatu permohonan pinjaman latihan kemahiran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.