Seksyen 6
Penubuhan Perbadanan
of Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004
(1)
Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran yang hendaklah bertanggungjawab bagi pengurusan Kumpulan Wang ditubuhkan.
(2)
Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai Perbadanan, dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya.
14
Undang-Undang Malaysia
(3)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut, boleh—
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
(c)
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara-cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih, yang terletak hak pada Perbadanan.