Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Pegawai dan Pekhidmat
30. Perkhidmatan Awam, dsb., hendaklah diperoleh
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan perenggan 9(2)(e) dan seksyen 28
dan 29, Perbadanan tidak boleh, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau pihak berkuasa lain yang berkenaan—
(a)
mewujudkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat
Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji; atau
(b)
membuat perkiraan berkenaan dengan—
(i)
apa-apa skim pencen, faedah persaraan, gratuiti dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain; dan
(ii)
kemudahan pinjaman dan pendahuluan.