Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Pendaftaran Penyedia Latihan Kemahiran
37. Kuasa untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran
Feedback & supportPerbadanan boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran di bawah seksyen 33 jika—
penyedia latihan kemahiran itu telah ditamatkan pentauliahannya oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan;
tiada program latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu yang ditauliahkan oleh
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan;
penyedia latihan kemahiran itu telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 34; atau
penyedia latihan kemahiran itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
Notis bertulis mengenai niat untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran sesuatu penyedia latihan kemahiran yang telah didaftarkan di bawah seksyen 34 hendaklah disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran itu dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi penggantungan atau pembatalan itu.
30
Undang-Undang Malaysia
Penyedia latihan kemahiran yang dirujuk dalam subseksyen
hendaklah diberi peluang yang munasabah untuk didengar sebelum sesuatu pendaftaran itu digantung atau dibatalkan.