Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VIII · Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran

53. Pembatalan kelulusan pinjaman latihan kemahiran

Feedback & support
(1)

Mana-mana pinjaman yang diluluskan di bawah perenggan 48(a) boleh dibatalkan jika—

(a)

pemohon memohon untuk membatalkan pinjaman latihan kemahiran itu;

(b)

pemohon gagal mengemukakan perjanjian yang telah ditandatangani sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan;

(c)

pemohon gagal untuk mematuhi terma dan syarat kelulusan;

(d)

pemohon memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya palsu atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau telah dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan;

(e)

penerima pinjaman enggan atau gagal untuk mengikuti program latihan kemahiran itu; atau

(f)

mana-mana alasan lain yang difikirkan munasabah oleh

Perbadanan.

(2)

Jika pinjaman dibatalkan di bawah subseksyen (1), tiada pembayaran atau pembayaran lanjut hendaklah dibuat oleh

Perbadanan.

(3)

Walau apa pun pembatalan pinjaman di bawah subseksyen

(1)

, mana-mana jumlah wang yang telah dibayar dan apa-apa jumlah tambahan yang dikenakan di bawah terma perjanjian pinjaman hendaklah didapatkan kembali oleh Perbadanan mengikut perjanjian berkenaan.

36

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian IX

Pembayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran

Bahagian X

Penentusahan dan Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Pelbagai

Bahagian XIII

Peruntukan Peralihan dan Kecualian

Schedules