Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian X · Penentusahan dan Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran

68. Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran

Feedback & support

Bagi maksud penentusahan atau pemeriksaan di bawah Akta ini, seseorang inspektor boleh—

(a)

memasuki, semasa waktu kerja mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran;

(b)

memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;

(c)

menghendaki mana-mana orang, yang merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pekerja atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaan inspektor itu apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan,

42

Undang-Undang Malaysia bahan atau barang lain yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau yang berada dalam kuasanya untuk memberi—

(i)

yang berhubungan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran itu; atau

(ii)

yang berhubungan dengan latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu;

dan

(d)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah perenggan (c).

Report

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Pelbagai

Bahagian XIII

Peruntukan Peralihan dan Kecualian

Schedules