Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

41. Seksyen baharu 91a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 91

seksyen yang berikut:

“Penyerahan dokumen secara elektronik 91a.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), Perbadanan boleh membenarkan apa-apa penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk diserahkan atau dikemukakan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini diserahkan atau dikemukakan melalui perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik.

(2)

Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya sesuatu penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan atau dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

(3)

Penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah disifatkan telah diserahkan atau dikemukakan oleh seseorang kepada Perbadanan pada tarikh pengakuterimaan dokumen itu disampaikan secara elektronik oleh Perbadanan kepada orang itu.

(4)

Pengakuterimaan oleh Perbadanan, penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang diserah atau dikemukakan menurut subseksyen (3) hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.”.

Report