Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2026 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 76 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a)—
dengan memasukkan selepas perkataan “penyata kewangan,” perkataan “data berkomputer,”; dan
dengan menggantikan perkataan “oleh inspektor di bawah seksyen 68” dengan perkataan “oleh pegawai diberi kuasa di bawah Bahagian Xa atau
Bahagian Xb”; dan
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) yang menggalang atau menghalang seseorang pegawai diberi kuasa daripada melaksanakan fungsi pemeriksaan, penguatkuasaan atau penyiasatan di bawah Akta ini,”.
Undang-Undang Malaysia 28