Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2026 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88
seksyen yang berikut:
“Penjalanan prosiding sivil 88a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Perbadanan—
mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pengerusi; atau
mana-mana peguam bela dan peguam cara yang dilantik oleh Perbadanan, boleh bagi pihak Perbadanan, memulakan, menghadiri dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.”.