Skip to content

Seksyen 28

Penzahiran atas pertanyaan

of Akta Tandatangan Digital 1997

ActIn forceProvision 23 of 57
Seksyen 28

(1)

Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah, apabila suatu pertanyaan dibuat kepadanya di bawah Akta ini, menzahirkan apa-apa pernyataan amalan pemerakuan material dan apa-apa fakta yang material kepada sama ada kebolehpercayaan sesuatu perakuan yang telah dikeluarkan olehnya atau kemampuannya melaksanakan perkhidmatannya.

(2)

Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh menghendaki pertanyaan yang ditandatangani, bertulis dan dengan munasabahnya spesifik daripada orang yang dikenal pasti, serta pembayaran fi yang ditetapkan, sebagai syarat duluan kepada pembuatan sesuatu penzahiran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1).

Tandatangan Digital 31