Skip to content

Seksyen 33

Penggantungan atau pembatalan perakuan oleh perintah

of Akta Tandatangan Digital 1997

ActIn forceProvision 27 of 57
Seksyen 33

(1)

Suruhanjaya boleh memerintahkan pihak berkuasa pemerakuan berlesen untuk menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya jika Suruhanjaya menentukan bahawa—

(a)

perakuan itu telah dikeluarkan tanpa mematuhi seksyen 29 dan 30; dan

(b)

ketidakpatuhan itu menimbulkan risiko nyata kepada orang yang dengan munasabahnya bergantung pada perakuan itu.

(2)

Sebelum membuat sesuatu penentuan di bawah subseksyen

(1)

, Suruhanjaya hendaklah memberi pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan itu peluang yang munasabah untuk didengar.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika pada pendapat

Suruhanjaya wujud sesuatu darurat yang menghendaki remedi serta-merta, Suruhanjaya boleh, setelah berunding dengan Menteri, menggantung sesuatu perakuan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat puluh lapan jam.