Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 6
54. Pembatalan atas kematian atau pembubaran pelanggan
Feedback & supportSuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya—
(a)
apabila menerima suatu salinan terperaku sijil kematian pelanggan itu atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa pelanggan itu telah mati; atau
(b)
apabila diserahkan dokumen yang melaksanakan pembubaran pelanggan atau apabila disahkan melalui keterangan lain bahawa pelanggan itu telah dibubarkan atau tidak lagi wujud.