Skip to content

Seksyen 55

Pembatalan perakuan yang tidak boleh dipercayai

of Akta Tandatangan Digital 1997

ActIn forceProvision 35 of 57
Seksyen 55

(1)

Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen boleh membatalkan satu atau lebih perakuan yang dikeluarkan olehnya jika perakuan itu adalah atau menjadi tidak boleh dipercayai tidak kira sama ada pelanggan bersetuju kepada pembatalan itu dan walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrak antara pelanggan itu dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh mencegah pelanggan daripada mendapatkan ganti rugi atau relif lain daripada pihak berkuasa pemerakuan berlesen dalam hal pembatalan salah.