Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

6. Maklumat atau dokumen tambahan

(1)

Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa selepas permohonan bagi kelulusan galakan di bawah seksyen 5 diterima, meminta penjana yang layak untuk memberikan maklumat atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan permohonan itu kepada

Pihak Berkuasa dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.

(2)

Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh penjana yang layak dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak penjana yang layak untuk membuat permohonan yang baru.

Report

Bahagian III

Penyambungan, Pembelian dan Pengagihan Tenaga Boleh Baharu

Bahagian IV

Tarif Galakan

Bahagian V

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

Bahagian VI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules