Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025
8. Syarat bagi kelulusan galakan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Pihak Berkuasa memutuskan untuk memberikan kelulusan galakan di bawah seksyen 7, Pihak Berkuasa—
hendaklah mengenakan kesemua syarat standard bagi kelulusan galakan sebagaimana yang ditetapkan; dan
boleh mengenakan apa-apa syarat khas yang difikirkannya patut.
Pemegang kelulusan galakan hendaklah mematuhi—
syarat standard yang ditetapkan bagi kelulusan galakan itu;
dan
apa-apa syarat khas bagi kelulusan galakan itu,
Tenaga Boleh Baharu 15
yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1).
Seseorang pemegang kelulusan galakan yang tidak mematuhi mana-mana syarat kelulusan galakan di bawah subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian III
Penyambungan, Pembelian dan Pengagihan Tenaga Boleh Baharu
Bahagian IV
Tarif Galakan
Bahagian V
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
Bahagian VI
Kuasa Mengumpulkan Maklumat
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX