Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025
7. Pemberian atau keengganan memberikan kelulusan galakan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi kelulusan galakan di bawah seksyen 5 dan maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan di bawah seksyen 6, meluluskan atau menolak permohonan itu.
14
Undang-Undang Malaysia
Pihak Berkuasa hendaklah memaklumkan keputusannya di bawah subseksyen (1) kepada penjana yang layak dan pemegang lesen pengagihan yang berkenaan melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (2)
hendaklah menyatakan—
dalam hal jika permohonan itu diluluskan, hakikat kelulusan itu dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 8; dan
dalam hal jika permohonan itu ditolak, hakikat penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.
Pemberian kelulusan galakan di bawah seksyen ini hendaklah bersifat peribadi bagi pemegang kelulusan galakan itu dan kelulusan galakan itu tidak boleh diserah hak atau dipindah milik kepada mana-mana orang lain kecuali dengan kelulusan bertulis daripada
Pihak Berkuasa terlebih terdahulu.
Bahagian III
Penyambungan, Pembelian dan Pengagihan Tenaga Boleh Baharu
Bahagian IV
Tarif Galakan
Bahagian V
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
Bahagian VI
Kuasa Mengumpulkan Maklumat
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX