Akta Veteran 2012 · Updated to 1 Apr 2020 · Bahagian IV · Pendaftaran dan Penyeliaan Persatuan Veteran
14. Pendaftaran persatuan veteran
Feedback & support(1)
Selepas menimbangkan permohonan daripada suatu persatuan di bawah seksyen 13, Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika Pendaftar berpuas hati bahawa persatuan itu ialah suatu organisasi bukan politik bagi pemajuan kebajikan veteran dan bahawa perlembagaan persatuan itu mengandungi peruntukan bagi perkara yang telah dihuraikan dalam
Jadual, Pendaftar hendaklah meluluskan pendaftaran persatuan itu sebagai suatu persatuan veteran di bawah Akta ini.