Akta Veteran 2012 · Updated to 1 Apr 2020 · Bahagian IV · Pendaftaran dan Penyeliaan Persatuan Veteran
15. Daftar persatuan veteran
Feedback & supportJika permohonan untuk pendaftaran diluluskan oleh
Pendaftar, dia hendaklah mendaftarkan persatuan itu sebagai suatu persatuan veteran dalam daftar persatuan veteran yang disimpan dan disenggarakan oleh Pendaftar mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat, termasuk pembayaran apa-apa fi, yang difikirkannya sesuai ke atas persatuan veteran berdaftar itu.
Suatu persatuan veteran yang berdaftar di bawah Akta ini hendaklah, jika perlembagaannya tidak mengandungi perkara seperti yang dihuraikan dalam Jadual, meminda perlembagaannya dalam
Veteran 13
tempoh dua puluh satu hari selepas pendaftarannya untuk memasukkan perkara sedemikian.