Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2020Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran dan Penyeliaan Persatuan Veteran

17. Persatuan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966

Feedback & support

Mana-mana persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas itu memohon kepada

Pendaftar untuk didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu persatuan veteran untuk menjalankan apa-apa aktiviti veteran; dan persatuan itu hendaklah terus menjalankan operasi sebagai suatu persatuan sehinggalah diberitahu sebaliknya oleh Pendaftar.

Report