Akta Veteran 2012 · Updated to 1 Apr 2020 · Bahagian IV · Pendaftaran dan Penyeliaan Persatuan Veteran
18. Pembatalan atau penggantungan pendaftaran oleh Pendaftar
Feedback & supportPendaftar boleh membatalkan atau menggantung pendaftaran suatu persatuan veteran jika Pendaftar berpuas hati bahawa persatuan veteran itu—
telah didaftarkan akibat daripada suatu fraud, kesilapan atau salah nyataan;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 740
tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh
Pendaftar di bawah seksyen 15;
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
tidak aktif atau bukan lagi suatu entiti yang sesuai dan layak untuk didaftarkan bagi mewakili veteran di Malaysia atau di tempat lain;
menghalang pemajuan veteran dan pembatalan atau penggantungan pendaftarannya adalah demi kepentingan awam;
tidak atau abai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatan atau ahlinya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pendaftar; atau
tidak aktif, tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini.
Sebelum membatalkan atau menggantung pendaftaran suatu persatuan veteran di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah memberi peluang kepada persatuan itu untuk mengemukakan alasan, jika ada, menentang pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu.