Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2020Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran dan Penyeliaan Persatuan Veteran

22. Rujukan pertikaian kepada Menteri

Feedback & support
(1)

Jika suatu pertikaian tidak boleh diselesaikan mengikut tatacara dalaman yang disebut dalam seksyen 21, mana-mana ahli yang terkilan atau persatuan veteran itu sendiri boleh merujuk pertikaian itu kepada Menteri untuk penyelesaian.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas nasihat

Pendaftar atau pada bila-bila masa difikirkannya perlu dan suai

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 740

manfaat, menghendaki mana-mana persatuan veteran untuk merujuk apa-apa pertikaian kepadanya untuk penyelesaian.

(3)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad;

tetapi Menteri boleh meminta nasihat daripada Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Menteri untuk tujuan itu sebelum membuat keputusannya.

Report