Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian XV · Kesalahan
114. Kesalahan berkenaan dengan Warisan Kebangsaan
Feedback & support(1)
Tiada seseorang pun boleh, tanpa kelulusan bertulis
Pesuruhjaya, memindahkan, merobohkan, mengalihkan, mengubah, mengubah elok, mengeksport, menambah kepada atau menguruskan mana-mana Warisan Kebangsaan kecuali dalam hal keperluan yang segera dan serta-merta bagi keselamatan orang atau harta.
WJW21/0262 Akta 645.indd 75 1/29/21 7:26 AM
76
Undang-Undang Malaysia
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.