Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian IV · Majlis Warisan Kebangsaan
13. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota
Feedback & support(1)
Pelantikan anggota di bawah perenggan 10(a) atau (g)
boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 10(a)
atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan empat belas hari notis bertulis yang ditujukan kepada
Menteri.