Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian IV · Majlis Warisan Kebangsaan
9. Fungsi Majlis
Feedback & support(1)
Fungsi Majlis adalah—
(a)
untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang segala perkara yang berhubungan dengan warisan, dan pentadbiran wajar dan penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan warisan; dan
(b)
untuk menasihati Menteri dan Pesuruhjaya tentang mana-mana perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri atau Pesuruhjaya.
(2)
Menteri dan Pesuruhjaya tidak terikat untuk bertindak atas nasihat Majlis.