Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bab 4
41. Perintah Pemeliharaan Monumen
Feedback & supportJika Pesuruhjaya, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, berpuas hati bahawa mana-mana monumen yang dianggap sesuai untuk didaftarkan sebagai tapak warisan adalah dalam keadaan usang atau dalam bahaya hampir dirobohkan, dimusnahkan, dirosakkan atau diubah, Pesuruhjaya hendaklah menyampaikan kepada pemunya monumen itu suatu Perintah Pemeliharaan Monumen sementara menunggu kelulusan pendaftarannya.
Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.
WJW21/0262 Akta 645.indd 36 1/29/21 7:25 AM
Warisan Kebangsaan 37
Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja Perintah itu disampaikan kepada pemunya monumen itu.
Perintah Pemeliharaan Monumen hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Perintah itu disampaikan dan boleh dilanjutkan oleh Pesuruhjaya selama apa-apa tempoh masa yang difikirkannya patut.
Walau apa pun subseksyen (4), Perintah Pemeliharaan
Monumen hendaklah terhenti berkuat kuasa—
jika monumen itu ditetapkan sebagai suatu tapak warisan; atau
jika Pesuruhjaya memutuskan tidak menetapkan monumen itu sebagai suatu tapak warisan.
Mana-mana orang yang melanggar Perintah Pemeliharaan
Monumen melakukan suatu kesalahan.