Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bab 4
44. Kuasa untuk mengenakan fi masuk
Feedback & support(1)
Seseorang pemunya tapak warisan boleh, dengan kelulusan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pesuruhjaya, mengenakan fi masuk ke tapak warisan itu.
(2)
Jika Pesuruhjaya telah menyumbang kepada belanja pemuliharaan dan pemeliharaan mana-mana tapak warisan,
Pesuruhjaya boleh mengenakan suatu levi ke atas fi masuk yang diterima oleh pemunya tapak warisan itu dan apa-apa levi yang dibayar oleh pemunya itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan
Wang.